“….mengerjakan haji adalah kewajipan manusia terhadap Allah, iaitu bagi mereka yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah...” ayat 97 (3: 97)
Rasulullah SAW bersabda;
“Sesiapa saja yang berhaji dan tidak melakukan maksiat dan fasik, maka ia telah kembali dari haji seperti seorang bayi yang baru lahir.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
13 Tempat Mustajab Untuk Berdoa
1.Hajar Aswad (batu dalam syurga). 2. Multazam – jam 12 tengah malam hingga azan Subuh (minta kelepasan dari neraka). 3. Tempat Jibril mengimami Nabi Muhammad SAW. 4. Tempat asal makam Nabi Ibrahim. 5. Makam Nabi Ibrahim sekarang. Antara azan Subuh hingga iqamat (minta kebahagiaan keluarga). 6. Pintu Bani Syaibah – tempat masuk Nabi Muhammad SAW. 7. Telaga zamzam. Antara azan Maghrib hingga iqamat (minta ilmu makrifat). 8. Hijir Ismail – selepas Asar hingga Maghrib (minta kekayaan harta benda). 9. Pancuran rahmat. 10. Pintu keluar kaabah (ditutup) Multazam kedua. 11. Rukun Yamani. 12. Tempat bermulanya tawaf (penjuru Hajar Aswad). 13. Mihrab Nabi Muhammad SAW di Madinah (bertentangan dengan pancur emas (kaabah))
No comments:
Post a Comment